Diskripsi Tarikan
IKS Banghuris merupakan kelompok perusahaan IKS berasaskan makanan yang diusahakan oleh komuniti tempatan. Gabungan 12 buah perusahaan makanan yang terdiri daripada kerepek, biskut, makanan sejuk beku dan produk kraf membentuk satu jenama IKS yang tersendiri (SUGIH) dan terkenal di seluruh negeri Selangor.
Setiap perusahaan IKS tersebut memberi peluang kepada orang awam untuk membuat lawatan. Semasa lawatan, pelawat disambut mesra dan dipersembahkan dengan demonstrasi pemprosesan. Seterusnya, pelawat juga diberi peluang untuk mencuba langkah-langkah memproses makanan.
Profil
Lokasi
Kelompok IKS Banghuris terletak di dalam kawasan Homestay Banghuris. Daripada luar Daerah Sepang, jalan perhubungan utamanya ialah melalui Tg. Sepat (selatan) dan Port Dickson dari Timur dengan menggunakan jalan persekutuan 5 terus ke Pekan Sg. Pelek. Dari Pekan Sg. Pelek, bergerak ke arah barat menggunakan jalan negeri B119 untuk sampai ke kawasan perusahaan IKS Banghuris
Aktiviti
Tawaran Aktiviti
- IKS Banghuris menawarkan beberapa aktiviti seperti berikut:
- Demonstrasi pemprosesan makanan
- “Try your own”
- Membeli belah barangan IKS
Tawaran Pakej
Pakej-pakej lawatan ke IKS Banghuris adalah disekalikan dalam pakej-pakej lawatan dalam program Homestay Banghuris.
Kemudahan
Galeri