MAEPS merupakan taman tema berkonsepkan agro terbesar di Malaysia. MAEPS dengan kreatifnya mempersembahkan tarikan agro bertemakan Malaysian Agriculture and Food Lifestyle yang mana tarikan-tarikan di dalamnya disesuaikan dengan semua golongan pasaran pelancong meliputi golongan usahawan, keluarga sehingga kepada golongan pelajar.

Antara tarikan ikoniknya adalah seperti Taman Agro dan Lifestyle Parks. Kemuncak dari itu, MAEPS secara dwi tahunan menganjurkan acara Agro Tourism yang dikenali sebagai MAHA yang mana merupakan salah satu acara hallmark kepada Malaysia.

MAEPS terletak bersempadan dengan daerah Hulu Langat dan Petaling Jaya di bahagian utara daerah Sepang. Kira-kira 11 km dari Cyberjaya dan Putrajaya melalui Lebuhraya Kajang Silk (E26). Mercu tanda utama MAEPS adalah Universiti Putra Malaysia Serdang yang terletak bersebelahanya MAEPS.

Tawaran Aktiviti

MAEPS Serdang menawarkan dua aktiviti utama seperti berikut:

  • Lawatan Pelancongan Agro yang menarik dengan pelbagai aktiviti yang disediakan ke ladang-ladang dan pusat intrepretasi (Laman Herba, Laman Padi, G2G Animal Garden, Maeps Ecofarm dll.)
  • Lawatan ke Lifestyle Park (Amphitheatre, Light Park, Orbing @ Maeps dan lain-lain.)

Tawaran Pakej

Di samping itu, MAEPS menawarkan sebarang pakej lawatan seperti berikut:

  • Pakej 1: RM35 setiap pelajar, lawatan ke 3 ladang, pengangkutan (tram) dan jamuan ringan
  • Pakej 2: RM45 seorang (warganegara), RM65 (bukan warganegara) lawatan ke 3 ladang, pengangkutan (tram) dan jamuan ringan

>>> ERROR: Contact the Administrator to see this content <<<