Sungai Sepang Besar merupakan salah satu tarikan ekopelancongan yang terkenal di Sepang. Aktiviti memancing di atas rumah rakit dan menyelusuri sungai merupakan aktiviti utama yang ditawarkan Untuk itu, pelawat berpeluang melihat secara dekat kehidupan ekosistem paya bakau secara dekat dan langsung disamping menikmati kehijauan persekitaran Sungai Sepang Besar.

Aktiviti rekreasi sedemikian diusahakan oleh Tetuan Jeti Sirip Biru dengan pelbagai pakej lawatan yang sesuai dengan semua pasaran

Sungai Sepang Besar terletak di bahagian selatan daerah Sepang kira-kira 52 km dari Cyberjaya dan Putrajaya. Pintu masuk utama adalah melalui Sg. Pelek dan Tg. Sepat melalui jalan persekutuan (5) Sepang-Tg. Sepat. Dari Pekan Sg. Pelek mengambil masa sekitar 20 minit perjalanan menghala ke Tg Sepat untuk sampai ke Jeti Sirip Biru, Sg. Sepang Besar

Tawaran Aktiviti

Sungai Sepang Besar menawarkan empat aktiviti utama seperti berikut.

  • Menyusuri Sungai Sepang Besar
  • Memancing
  • Memberi makan kepada buaya dan monyet
  • Pembelajaran mengenai bakau

Tawaran Pakej

Sungai Sepang Besar menawarkan pakej-pakej lawatan seperti berikut.

  • Pakej 1: Menyusuri Sungai Sepang Besar, Memberi makan buaya dan monyet
  • Pakej 2: Memancing di Rumah Rakit
  • Pakej 3: Penanaman anak pokok bakau

>>> ERROR: Contact the Administrator to see this content <<<