MPSepang telah menyertai Program Webinar Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” anjuran Tourism Selangor bersama Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Utara dan Timur pada 13 Julai, 24 Ogos dan 28 September 2021.

Antara produk MPSepang yang dibentangkan dalam sesi webinar ini adalah Pakej 4hari1malam dan Pakej 2hari1malam melibatkan 20 produk-produk pelancongan di Daerah Sepang.

MPSepang turut menaja cabutan bertuah dalam sesi webinar ini melibatkan pakej makan di DRebung homestay dengan menu seperti Nasi Ambeng, Masak Kuning Rebung Madu, Masakan Jawa Belulang Lembu, Pecal serta buah-buahan terkenal Sepang iaitu Dragon Fruit dan Nenas Madu.

MPSepang akan meneruskan program2 usahasama dengan Tourism Selangor bagi menggalakkan industri pelancongan di Daerah Sepang.

https://www.libur.com.my/program-webinar-nak-bercuti-pusing-selangor-dulu-berjaya-kumpul-50-penggiat-industri-pelancongan/